Thursday, March 12, 2009

DIARI KEHIDUPAN 1

Apa itu cinta...?Aku mula mengenali cinta sejati ketika aku menjejak kaki ketingakatan 6 Rendah.Aku sendiri tak tahu bagaimana ia bermula dan sejak bila ia berputik.Apa yang kutahu perasaan itu ujud tanpa kuundang.Sungguh indah saat itu bagaikan didalam dunia ini hanya aku dan dirinya yang ada.Walaupun aku mempunyai banyak saingan dikalangan insan-insan yang lebih baik dan sempurna namun aku bersyukur diri ini tetap menjadi pilihan hatinya.Sudah lumrah alam perasaan rindu ketika berpisah,perasaan cemburu ketika diganggu sentiasa menghiasi setiap babak drama percintaan ini.Hari demi hari dan musim silih berganti kasih sayang ini kian utuh untuknya.Sesungguhnya apa sahaja akan aku korbankan walaupun nyawa ini sebagai taruhan begitu jua dengan dirinya segala-galanya telah diserahkan kepadaku sebagai bukti yang dia amat menyayangiku.Pagi itu aku dikejutkan dengan satu perutusan hiba yang dia tidak akan menyambung persekolahannya disitu lagi.Alasan yang diberikan atas permintaan keluarga.Hancur luluh jiwa ragaku,lemah kurasakan kaki ini untuk melangkah.Hari terakhir dia melangkah kaki dari sekolah kami beriringan.Terdengar suara-suara sumbang yang mengejek sambil mendendangkan lagu yang aku sendiri sudah lupa akan tajuknya cuma antara bait-bait ayatnya "Selamat jalan selamat berpisah"Walau bukan itu yang kupinta""Tiada salah diantara kita""Mungkin jodoh tiada"Disember kelabu kenanganku".Saat itu aku langsung tak mempedulikan ejekkan itu apa yang kutahu jauh disudut hati ini aku tak boleh dan tak mahu kehilangannya.Persekolahan tanpa orang tersayang amat membosankan dan aku sering kerinduan namun begitu aku masih bijak membahagikan antara cinta dan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar.Kami masih saling berhubung dan sesekali aku kebandar tersebut menemuinya.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengikuti jejak langkahnya meninggalkan persekolahan dan memulakan dunia baru.Pagi itu aku cuba menerangkan kepada kedua orang tuaku tentang hasratku.Hati ini bagai disiat sembilu melihat titisan mutiara yang mengalir dari wajah yang sudah dimamah usia.Aku tahu mereka amat menyayangiku dan tak sanggup untuk berpisah walaupun hanya untuk seketika namun restu mereka tetap mengiringiku.Sungguh tersentuh hati ini saat ibu menghulurkan sedikit wang hasil jualan nasi lemak untuk hari itu ketanganku sebagai bekalan.Berat untuk ku melangkah pergi namun kerana cinta kuturutkan jua.Setibanya aku dibandar tersebut aku disambut dengan penuh kasih sayang terasa bagaikan berada disyurga besama bidadari.Hari kedua aku mula memasuki sekolah baru dan pada sebelah malamnya aku bekerja part time untuk menampung persekolahan kerana aku bukan tergolong dikalangan orang berada namun aku bahagia.Episod baru pun bermula,aku belajar dan bekerja tanpa mengenal penat selagi dia berada disisiku.Saban minggu ibu bapanya sering berkunjung keteratak kami dan memang kuakui yang segalanya-galanya banyak dibantu oleh mereka tapi aku...!!!Aku tahu mereka orang berada namun aku tak pernah merasa malu dengan kedua orang tuaku kerana aku tahu itu sahaja yang mereka mampu untukku.Setahun berlalu ibu bapanya mula menunjukkan reaksi kurang senang denganku setelah sekali pernah berkunjung kerumahku dikampung.Mungkin mereka malu anak mereka berkawan dengan orang sepertiku dan malu dengan keadaan keluargaku yang tak seperti mereka.Penghujung tahun kian menghampiri dan peperiksaan STPM semakin hampir aku semakin gementar.Dia semakin leka malas untuk belajar tapi aku perlu berusha dengan bersungguh-sungguh demi masa depan yang aku impikan.Didalam saat genting itu,lagi sekali aku diberikan kejutan bahawa lepas peperiksaan aku akan dipisahkan terus dengan sidia.Sampai hati mereka.Saat itu airmata dah tak mampu untuk kutahankan,fikiranku benar-benar berkecamuk lantaran takut untuk menghadapi saat-saat itu.Esok peperiksaan dah nak bermula namun aku masih gagal mengawal emosi cuma aku pasrah sepasrah pasrahnya tapi jauh disudut hati ini masih mengharapkan akan berlaku keajaiban.Pagi itu aku kedewan peperiksaan untuk bertarung walaupun hati ini dipenuhi dengan tangisan pilu.Alhamdullilah apa yang kupelajari selama ini tidak sia-sia tapi aku tahu sidia gagal untuk meneruskannya.Selepas hari terakhir peperiksaan setibanya dirumah aku lihat sebuah kereta jaguar dah menunggu untuk mengambil insan tersayang dan membawanya pergi jauh dari hidupku.Tanpa sepatah katapun mereka terus berkemas dan aku... akhirnya ditinggalkan sendirian.Permainan apakah ini... aku sendiri kebingungan Tuhan kuatkanlah semangatku untuk menghadapi setiap dugaanmu.Teratak itu kutinggalkan untuk bersama kakakku yang ketika itu telalu daif.Setiap malam aku bagaikan orang yang tak punya akal.Hidupku hanya bertemankan gambar-gambar dan baju-bajunya yang belum dibasuh sebagai pengubat rindu.Makan dan minum dah tak kuhiraukan dan setiap malam jua aku sering ketembok dimana tempat kami selalu bersama..., menunggu dan menanti akan kehadirannya walaupun aku tahu itu cuma sekadar mimpi disiang hari.Pagi berikutnya aku menerima kunjungan kedua orang tuaku yang meratap hiba melihat diriku yang seperti bangkai bernyawa.Saat itu aku dah tak mengenali ibu bapaku lantaran terlalu geram muka ini ditampar sekadar untuk menyedarkanku supaya berpijak dibumi nyata.Hari seterusnya aku menerima sepucuk surat yang dia baru pulang dari luar negara bersama keluarganya.Semua itu dilakukan semata-mata mahu dia terus melupakan aku namun dia juga sepertiku.Berita terakhir yang kuterima dia telah berada di Perak.Janji temupun dibuat didalam diam dan akupun mula menyusun strategi dengan kawan-kawanku yang ingin membantu untuk menemuinya.Pertemuan pun berlangsung hilang segala kerinduan yang kutanggung selama ini namun dia tak mahu berpisah dariku.Tanpa berfikir panjang aku hanya merelakan setiap perancangannya.Kami menaiki bas untuk pulang kerumahku.Hati ini berdebar setiap kali bila ada sekatan pihak Polis dijalan raya namun kugagahi jua.Dia kutempatkan dirumah sewa kawan-kawanku yang kebetulan ada satu bilik tersembunyi dibawah tangga.Aku mula mencari pekerjaan untuk menampung hidupnya dan hidupku.Setiap hari aku membawa makanan untuknya tanpa kusedari aku telah menjadi perhatian pihak Polis atas tuduhan menculik.Ketika itu setiap langkahku diekori walau kemana sahaja namun mereka masih gagal mendapat jawapannya.Pagi itu aku bersiap seperti biasa untuk ketempat kerja separuh perjalanan basikal yang kutunggang telah dirempuh dari belakang oleh bapanya yang memang kusedari sejak dari tadi ia mengekoriku Nasib baik aku cuma cedera ringan sahaja.Aku teruskan jua perjalanan ketempat kerja tapi setibanya disana aku tak dibenarkan masuk dan diberitahu telah diberhentikan kerja.Tahulah aku ini perbuatan siapa tapi ini semua tak mematahkan semangatku.Lagi sekali perancangan dibuat dan malam itu dengan memakai sidia purdah kami berjaya membawa sidia keluar dari rumah tersebut.Setelah mendapat tiket bas akupun mengucapkan selamat jalan kepada teman- teman yang banyak membantuku.Destinasi seterusnya ialah ke Pahang rumah abangku.Berbekalkan wang saku yang kukira cukup untuk menampung hidup hanya untuk sehari kuberanikan jua menongkah arus.Sesampai di Kuantan purdah pun dibuka dan aku membeli sedikit makanan untuknya walaupun aku tak menjamahnya namun itu sudah cukup puas bagiku asalkan sidia tak kelaparan.Seminggu berlalu aku sudah mula memikirkan untuk mencari pekerjaan kerana aku tak mahu membebankan abangku.Kami mendapat kerja disebuah kilang papan lapis namun disebabkan kerjanya berat sidia sudah mengalah.Aku tahu dia tak pernah susah maka dengan itu aku harus bekerja juga demi untuk menampung hidup.Sekian lama bersama aku sudah nampak akan perubahannya.Aku tahu dia merindui keluarganya dan aku bukanlah insan yang kejam untuk menghalangnya menghubungi kedua orang tuanya.Wajahnya kembali ceria tanpa kutahu hasil dari talian talifon pihak polis dapat mengesan lokasi kami.Malam itu tepat pukul 3.30 pagi pintu rumah diketuk dan apa yang kutakutkan selama ini menjadi kenyataan.Lemah kurasakan tubuh ini lantaran sidia sedikitpun tak menyebelahi aku.Nasib bapanya menarik kembali repot yang dibuat.Semenjak itu aku parah tapi aku cuba semampu yang boleh melawan setiap perasaan dan akhirnya sedikit demi sedikit aku berjaya melupakannya walaupun hati ini tidak merelakannya.

No comments:

Post a Comment