Wednesday, March 11, 2009

SEKIRANYA KAU TAHU...

Sekiranya kau tahu sepanjang perjalanan yang kulalui pastinya engkau akan menangis tersedu,sekiranya kau tahu bagaimana aku mengharunginya pasti kau akan mengaguminya,sekiranya kau tahu hati ini sering tercalar luka pasti engkau akan cuba membalutinya,sekiranya kau tahu dalam hati ini sering kupanjatkan doa agar diberi satu pilihan pastinya kau akan turut mendoakannya,sekiranya kau tahu yang aku amat takut untuk menghadapi hari-hari yang mendatang pasti kau akan sentiasa berdiri disebalik bayanganku,sekiranya kau tahu harapan ini terlalu tinggi untuk menggapai awan pasti engkau akan menghulurkan tanganmu untuk terbang bersama yang pastinya aku ingin kau tahu bahawa aku jua seperti insan-insan yang lain yang punya hati dan perasaan ingin dicintai dan menyintai sebelum kembali kepadaNya.

No comments:

Post a Comment